PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 6, 2017 18:58 MYT
Disember 6, 2017 18:58 MYT
Tohmahan pembangkang dengan memburukkan kerajaan tanpa memberikan fakta sahih dilihat hanya usaha mengelirukan rakyat.
Bagaimanapun, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi strategi itu sudah dikira lapuk dan boleh dihidu UMNO.
“Isu yang dibangkitkan sengaja dieksploitasikan pembangkang dengan membuat banyak kenyataan yang disalah anggap dan mengelirukan rakyat,” katanya ketika melawat bilik berita Astro AWANI sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan UMNO Johor sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan persediaan di peringkat akar umbi meskipun pelbagai cabaran dijangka mendepani UMNO di negeri itu.
#Ab Aziz Kaprawi
#majlis tertinggi
#menteri
#PAU 2017
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Perhimpunan Agung UMNO 2017
#presiden
#PRU
#UMNO