Puteri UMNO membuat dua laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berikutan dakwaan anggotanya berkhalwat ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang sedang berlangsung ketika ini.
Ketua Penerangannya, Haryaty Hamdzah berkata, laporan itu dibuat susulan dakwaan bekas seorang anggota pergerakan itu yang disiarkan sebuah portal berita pembangkang kononnya banyak berlaku kes khalwat setiap kali perhimpunan agung UMNO berlangsung.
"Kenyataan yang melampau, menjejaskan imej parti dan kepercayaan rakyat. Ia juga menjejaskan imej anggota muda terutamanya dalam Puteri UMNO, Pemuda dan sebagainya.
"Ini mewujudkan persepsi baharu bahawa persidangan buat benda tak betul, harap pihak berkuasa buat siasatan kenyataan ini," katanya selepas membuat laporan itu di sini, hari ini.
BACA: Jangan dengar cerita karut ada maksiat di PAU - Ismail Sabri
Turut membuat laporan polis di balai yang sama ialah Ketua Puteri UMNO, Klang Norhaslindawati Bujang.
Haryaty berkata, Puteri UMNO juga bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat fitnah itu jika ada keperluan.
Beliau berkata, kenyataan bekas anggota Puteri UMNO yang kini bersama PAS itu tidak berasas kerana ketika perhimpunan itu, Puteri UMNO memberi fokus kepada kepada agenda parti.
Kira-kira 10,000 anggota Puteri UMNO hadir pada perhimpunan yang berlangsung dari Selasa hingga Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
![PAU2017: Puteri UMNO buat laporan polis isu dakwaan ahli berkhalwat PAU2017: Puteri UMNO buat laporan polis isu dakwaan ahli berkhalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61512719975_puteriUMNO.jpg)
Haryaty berkata Puteri UMNO juga bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat fitnah itu jika ada keperluan. - foto SumberPuteri UMNO
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719975841_keskhalwat.jpg)
Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara
Pasangan artis terkenal, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu.
![Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719879785_Tangkap.jpg)
Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah
Siasatan mendapati, pasangan berkenaan telah tinggal bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.
![Lelaki ditahan langgar MPV polis Lelaki ditahan langgar MPV polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719161248_TBAshariAbuSamah.jpg)
Lelaki ditahan langgar MPV polis
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.
![“Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah “Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718272787_TBBELLACERAI.jpg)
“Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya, Aliff Aziz selepas mereka sah bercerai pada Khamis.
![Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715317626_keretaterjunamjpg.jpg)
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
![Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715313992_Bellajpg.jpg)
Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.
![Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712217532_alifazizjpg.jpg)
Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah
Masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
![Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712208669_AliffBellajpg.jpg)
Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.
![Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710082258_Unsplashphife.jpg)
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
![Aliff Aziz, Ruhainies tampil mohon maaf, bakal jelaskan perkara sebenar Aliff Aziz, Ruhainies tampil mohon maaf, bakal jelaskan perkara sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710039743_aliffaziz.jpg)
Aliff Aziz, Ruhainies tampil mohon maaf, bakal jelaskan perkara sebenar
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf melalui media sosial masing-masing.