PAU2017: PM Najib bawa suara Malaysia, berhubung isu Baitulmaqdis ke OIC
Marlina Manaf
Disember 9, 2017 17:14 MYT
Disember 9, 2017 17:14 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dijadual berlangsung di Istanbul, minggu depan.
Datuk Seri Najib berkata, beliau sepatutnya mengadakan sesi pemukiman tahunan bersama Presiden Singapura, Lee Hsien Loong, namun menangguhkannya kerana memberi penekanan isu itu memberi kesan kepada kepercayaan beliau.
"Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan secara peribadi menghubungi saya dan minta saya hadir, kerana suara Malaysia sangat penting,
"Saya tak redha nasib umat islam tertekan dalam apa jua keadaan, takkanlah tanah suci ketiga dalam martabat Islam, tergadai terhina ditekan oleh orang lain," kata beliau ketika sesi penggulungan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Jelas Datuk Seri Najib, UMNO dan umat Islam akan menentang habis-habisan tindakan Amerika Syarikat mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
"Sampai bila-bila kita tidak akan terima ini," katanya.
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#Islam
#Israel
#Istanbul
#Lee Hsien Loong
#Malaysia
#menteri
#Najib Razak
#PAU2017
#perhimpunan
#presiden
#Singapura
#Turki
#UMNO
#UMNO 4 0