PAU2017: Cabaran generasi milenial bukan lagi hak dan ketuanan
Hafiz Marzukhi
Disember 8, 2017 19:33 MYT
Disember 8, 2017 19:33 MYT
Cabaran generasi Melayu Milenial bukan lagi mengenai hak dan ketuanan, sebaliknya bagaimana ingin berjaya dalam era persaingan yang semakin sengit masa kini.
Perwakilan UMNO, Johor Hahasrin Hashim berkata, ini merupakan perkara pokok yang harus menjadi tema utama bagi agenda ekonomi baharu yang bakal direncana UMNO untuk golongan muda.
"Cabaran besar generasi Melayu Milenial bukan lagi mengenai hak dan ketuanan tetapi kita akan memasuki era persaingan tanpa sempadan.
"Keadaan ini bukan dibataskan lagi dengan kepelbagaian etnik tetapi mencakupi kemahiran yang khusus dan sangat merumitkan.
"Jika UMNO tidak berbicara mengenai soal ini, siapa lagi yang akan bersuara mengenainya?" katanya ketika membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
#era baharu
#generasi muda
#Johor
#Melayu
#milenial
#PAU 2017
#Perhimpunan Agung UMNO
#UMNO
#UMNO 4 0