Patriot kecam pakaian seragam perbarisan Pas mirip tentera

Sinar Harian
September 16, 2018 09:01 MYT
Abdul Hadi dilihat membuat pemeriksaan perbarisan yang memakai pakaian yang sangat menyerupai seragam. -Foto Facebook rasmi Pas
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung pakaian perbarisan yang terdiri daripada Jabatan Amal yang disifatkan menyerupai pakaian tentera.
Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat membuat pemeriksaan perbarisan yang memakai pakaian yang sangat menyerupai seragam.
”Ia menimbulkan rasa terkejut dan tidak percaya di kalangan pesara tentera.
"Seksyen 140 Kanun Keseksaan (Akta 574) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang bukan anggota tentera memakai pakaian, atau membawa sebarang tanda penghargaan yang menyerupai pakaian atau medal tentera," katanya.
#Abdul Hadi Awang #Akta 574 #Jabatan Amal #Mohamed Arshad Raji #Patriot #Persatuan Patriot Kebangsaan #Seksyen 140 Kanun Keseksaan