Pasukan SAR yakin kotak hitam akan ditemui dekat serpihan QZ8501

Agensi
Disember 30, 2014 09:24 MYT
Pegawai SAR Indonesia berharap mereka akan dapat mencari kotak hitam daripada pesawat penerbangan AirAsia QZ8501 tidak lama lagi. -Gambar fail
Pegawai SAR Indonesia berharap mereka akan dapat mencari kotak hitam daripada pesawat penerbangan AirAsia QZ8501 tidak lama lagi.
Pasukan itu juga yakin ia pasti tidak berada terlalu jauh dari lokasi di mana serpihan pesawat malang itu dikesan.
"Kami berharap kotak hitam itu ditemui berdekatan badan pesawat.
"Kami tidak rasa fiuslaj pesawat akan berada terlalu jauh daripada kawasan serpihan," kata pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) sepertimana dipetik daripada portal berita Indonesia, Berita Satu Online.
"Gelombang akan bergerak dari barat ke timur. Serpihan mungkin terapung jauh sedikit daripada badan pesawat," katanya lagi.
#AirAsia #fiuslaj #kotak hitam #mayat #pesawat #QZ8501 #Serpihan