Pasukan Polis Marin Sabah rampas rokok seludup RM6.07 juta
Radhi Muslim
Ogos 29, 2019 20:04 MYT
Ogos 29, 2019 20:04 MYT
Pasukan Polis Marin (PPM) membuat rampasan rokok seludup terbesar selepas menahan enam lelaki Filipina dalam satu serbuan di sungai Kampung Jepun, Batu 8, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, semua suspek berumur 13 hingga 56 tahun, dipercayai ahli sindiket penyeludupan rokok terbabit berjaya ditahan.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, sewaktu serbuan semua suspek sedang sibuk menyusun dan memasukkan rokok dalam dua buah van.
Menurutnya, anggota bertugas kemudiannya mengepung dan berjaya menahan semua suspek.
"Pemeriksaan lanjut berjaya menemui rokok berkotak merah dan hijau dan keseluruhan rampasan mencecah RM6.07 juta selepas cukai.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
#cukai
#Filipina
#Kampung Jepun
#kastam
#Komander PPM
#mohamad pajeri ali
#Pasukan Polis Marin
#PPM
#seludup rokok
#suspek