Pasukan Petugas Khas Wanita akan diwujudkan

Astro Awani
Disember 15, 2012 11:16 MYT
Wanita Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan sebuah pasukan petugas khas wanita bermula 2 Januari.
Penubuhan pasukan tersebut bagi memantau pelaksanaan polisi 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.
Ketua Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataannya melahirkan harapan lebih ramai wanita dilantik sebagai pengerusi dan anggota lembaga pengarah syarikat yang disenarai di Bursa Saham syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat korporat lain.
Ini adalah selaras dengan dasar yang diluluskan kabinet pada 27 Jun 2011 lalu.
Syarikat korporat tegasnya perlu memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang mempunyai pengalaman, bakat dan potensi untuk dilantik di tempat pembuat keputusan dan peringkat tertinggi sektor korporat.
Ujar shahrizat, mereka yang tidak dapat menyertai Program Pengarah Wanita agar tidak berasa kecewa malahan Wanita BN akan terus memperjuangkan isu ini.
#Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil #pasukan petugas khas wanita #Program Pengarah Wanita #Wanita BN
;