Pasukan pengakap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji

Shafizan Johari
Jun 15, 2024 09:15 MYT
Anggota Persatuan Pengangkap Arab Saudi mengedar peta terperinci dan interaktif untuk membantu jemaah.
MEKAH: Anggota Persatuan Pengakap Arab Saudi (SABSA) dikerahkan untuk membantu jemaah-jemaah dalam memastikan proses ibadah berjalan lancar.
Tumpuan pasukan itu kini adalah di Mekah, Madinah dan kawasan-kawasan ibadah haji yang lain.
Antara tugasan yang mereka lakukan ialah mengedar peta terperinci dan interaktif untuk membantu jemaah.
Peta tersebut meliputi kawasan Mina dan Arafat, kawasan tengah Masjidil Haram dan kejiranan Aziziyah di Mekah, seluruh kota Madinah, kawasan tengah Masjid Nabawi, kejiranan Al-Naseem dan Batha Quraish.
Anggota-anggota pengakap yang terlibat menyatakan sumbangan tenaga mereka adalah sebahagian daripada ibadah, selain daripada semangat patriotik dengan membanggakan nama Arab Saudi.
Program bantuan kepada jemaah ini adalah acara tahunan pasukan berkenaan.
Dedikasi pasukan pengakap ini mencerminkan komitmen yang lebih luas dalam Arab Saudi untuk menyokong dan memudahkan pengalaman ibadah haji bagi berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia.
Usaha mereka adalah sebahagian daripada pendekatan yang diselaraskan melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang bertujuan menyediakan perkhidmatan yang lancar semasa salah satu acara paling penting dalam agama Islam.
#Haji 2024 #jemaah haji #Masjidil Haram #Persatuan Pengakap Arab Saudi
;