KUCHING: Pasukan 'Mobile Outreach' untuk program vaksinasi COVID-19 di Sarawak berjaya mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula di Sarawak awal Mac lepas, pasukan itu telah digerakkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar di seluruh negeri bagi membantu untuk melancarkan program berkenaan.
Jelasnya usaha itu juga melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), wakil rakyat, swasta dan korporat.
"Ini membolehkan rakyat disuntik tanpa perlu ke tempat lain. Mereka yang uzur dan mungkin sukar untuk bergerak juga diberikan suntikan oleh pasukan ini secara terus di rumah mereka.
"Pendekatan ini pasti menghasilkan kejayaan untuk kita capai sasaran kita memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk Sarawak menjelang Ogos," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Datuk Daud Abdul Rahman di sini hari ini.
Setakat semalam 1,151,744 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021
![Pasukan 'mobile outreach' berjaya cepatkan vaksinasi di Sarawak - Abang Johari Pasukan 'mobile outreach' berjaya cepatkan vaksinasi di Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625294024_TBAbangJo.jpg)
Abang Johari, pasukan itu telah digerakkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar di seluruh negeri bagi membantu untuk melancarkan program berkenaan. - Gambar Bernama.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Sarawak sedia beli vaksin COVID-19 jika perlu Sarawak sedia beli vaksin COVID-19 jika perlu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614598786_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak sedia beli vaksin COVID-19 jika perlu
Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 sekiranya terdapat keperluan bagi meningkatkan kapasiti program imunisasi di negeri itu.