KUALA LUMPUR: Keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi perlu dilihat menerusi beberapa faktor termasuk pemberian subsidi mencapai matlamat, libat urus bersama pemain industri dan penguatkuasaan.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kenaikan harga barang dan inflasi tidak hanya boleh dikawal dengan mengharapkan inisiatif peniaga semata-mata.
"Kalau kita lihat sekarang bekalan ayam sudah stabil tetapi kita juga mahu lihat harga minyak masak botol juga diturun harganya memandangkan harga komoditi minyak masak juga jatuh.
"Tetapi mengharapkan hanya peniaga sahaja untuk secara sukarela turunkan harga, ia mungkin tidak berkesan. Saya lihat peranan pasukan jihad ini untuk turun padang berjumpa dengan pemain industri dan mendapatkan komitmen mereka bagi menurunkan harga barangan kawalan ataupun menjadi permintaan yang tinggi daripada rakyat mengikut harga pasaran.
"Memang ada kemajuan tetapi banyak lagi ruang penambahbaikan terutamanya melibatkan harga minyak masak, itu yang kita harapkan berlaku selepas ini bukan sahaja harga kawalan ataupun meneruskan subsidi sedia ada tetapi kita mahu lihat kejayaan awal dari segi menurunkan harga barangan tertentu," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Isnin.
Jelasnya, pasukan tersebut harus meletakkan strategi serta mekanisma itu yang bersifat jangka masa panjang, dengan mengambil kira perspektif yang menyeluruh dan komprehensif.
"Kalau dari segi strategi untuk menangani inflasi dan kenaikan kos barangan, sebenarnya ada dua pihak yang boleh memainkan peranan. Yang pertama kerajaan, yang boleh mengubah dasar fiskal dan kedua, pihak Bank Negara Malaysia ubah dasar monetari.
"BNM naikkan kadar OPR untuk turunkan inflasi, kerajaan pula kenakan harga kawalan dan subsidi tetapi pasukan jihad harus libatkan kerjasama dengan BNM untuk memastikan bahawa kedua-dua pihak fokus kepada menurunkan kadar inflasi dalam kadar jangka masa sederhana dan panjang," katanya lagi.
Beliau juga menekankan adaptasi teknologi bagi menangani masalah penyalahgunaan subsidi dan ketirisan, merentasi agensi dan jabatan.
"Banyak berlaku isu ketirisan dan rasuah, hal melibatkan subsidi pula ada isu penyeludupan barangan merentasi sempadan. Pasukan khas ini adalah ahli politik tetapi mereka haruslah ambil pandangan daripada teknokrat ataupun mereka yang pakar dalam teknologi untuk adaptasi prosedur sedia ada.
"Kalau kita guna teknologi block chain atau paling mudah sekali libatkan aplikasi dalam masalah pintar untuk memantau pergerakan barangan atau peniaga, pembeli, pembekal dan pengeluar, maka kita dapat pantau semua melalui satu pangkalan data secara real time.
"Ketelusan melalui teknologi akan membolehkan kita nampak keberkesanannya," tambahnya.
Madiha Abdullah
Mon Aug 08 2022

Pasukan tersebut harus meletakkan strategi serta mekanisma yang bersifat jangka masa panjang. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat

Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.

Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.

Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.

Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.

Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.

Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.

BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun