Pasukan khas ditubuh kekang kepupusan gajah pygmy Borneo

Fifi Harteeny Marzuki
Ogos 27, 2018 19:01 MYT
semua pihak perlu memberi perhatian serius mengenai perkara ini memandangkan populasi gajah pygmy di Sabah ketika ini berjumlah 2,000 ekor. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Sabah akan menubuhkan pasukan khas melibatkan Jabatan Hidupan liar dan pertubuhan bukan kerajaan bagi membendung masalah kepupusan gajah pygmy Borneo.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew berkata, kerajaan negeri turut memutuskan untuk menambah bilangan anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Tegas Christina, semua pihak perlu memberi perhatian serius mengenai perkara ini memandangkan populasi gajah pygmy di Sabah ketika ini berjumlah 2,000 ekor.
“Ketika ini gajah pygmy Borneo mencatatkan jumlah 2,000 ekor di seluruh Sabah.
“Jumlah ini bukanlah satu jumlah yang besar dan saya rasa kita perlu keluarkan amaran agar orang ramai tahu mengenai situasi yang membimbangkan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Merasmikan Majlis Pelancaran Umbrelephant Campaign Sempena Sambutan Hari Gajah Sedunia 2018, di salah sebuah hotel terkemuka, pada Isnin.
#Christina Liew #gajah pygmy borneo #jabatan hidupan liar sabah #Kerajaan Sabah #Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah #pasukan khas
;