Pasukan keselamatan Filipina selamatkan pelancong Taiwan yang diculik di Sabah

Astro Awani
Disember 20, 2013 19:13 MYT
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan pelancong Taiwan yang telah diculik di sebuah resort POM POM Pulau Semporna di Sabah pada 13 November, telah diselamatkan oleh pasukan bersenjata Filipina.
Menerusi akaun Twitternya, Khalid mendedahkan Chang An Wei diselamatkan di Sulu dan kini dimasukkan ke Hospital Merin di wilayah sama dan akan diterbangkan ke Zamboanga City esok.

Syabas Pasukan bersenjata Filipina, mangsa colek rakyat Taiwan di Pom Pom berjaya diselamatkan!

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mangsa di selamatkan di Sulu, sekarang di Hospital Merin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City esok. @PDRMsia

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khalid bagaimanapun tidak menyatakan bila mangsa diselamatkan pasukan bersenajata Filipina itu.

Kita tunggu perkembangan lanjut dari pihak berkuasa Filipina @PDRMsia

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pasukan bersenjata Filipina #Pulau Pom Pom #Tan Sri Khalid Abu Bakar
;