PasRelief bina semula bangunan Pejabat Kementerian Buruh Palestin

Astro Awani
Mei 5, 2023 05:30 MYT
PasRelief menyeru dan mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyiapkan sepenuhnya pembangunan Pejabat Kementerian Buruh yang masih dalam fasa pembinaan sekarang. - Foto Facebook PasRelief
KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Pas (PasRelief) kini sedang membangunkan semula bangunan Pejabat Kementerian Buruh Palestin di negara itu yang musnah dalam peperangan pada 2021.
Katanya, projek kerjasama dengan Kementerian Buruh Palestin itu menyasarkan sumbangan bernilai RM1.1 juta bagi menyiapkan bangunan setinggi tiga tingkat dengan keluasan 270 meter persegi.
"Buat masa sekarang, fasa pembinaan telah berada di tingkat kedua. Tingkat pertama pula sudah bermula fasa pemasangan elektrik.
"Sebanyak RM250,000 masih diperlukan bagi merealisasikan hasrat dan harapan rakyat Palestin bagi masa depan yang lebih baik,” kata PasRelief dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, badan bukan kerajaan (NGO) itu menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyiapkan sepenuhnya pembangunan pejabat tersebut yang masih dalam fasa pembinaan sekarang.
Menurutnya, bangunan itu akan menjadi tempat permulaan baru untuk bekerja dan harapan untuk anak muda dan rakyat Palestin.
Tambah NGO itu, peperangan yang meletus pada dua tahun lalu telah menyebabkan banyak rumah runtuh dan bangunan hancur.
Insiden itu juga menyebabkan ramai kehilangan tempat kerja termasuk Pejabat Kementerian Buruh.
Mereka yang mahu menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief atau ke akaun Tabung Kemanusiaaan PasRelief 564070614481 Maybank.
#Palestin #perang #Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Pas #Kementerian Buruh Palestin
;