LUMUT: Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa dilengkapkan dengan peralatan terkini bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
Panglima PASKAL Laksamana Datuk Mohd Redzuan Talib berkata pihaknya akan memastikan peranan PASKAL sebagai tonggak utama mempertahankan ruang maritim negara selain sebagai perisai yang melindungi rakyat dan kemakmuran negara.
Menurutnya PASKAL sentiasa mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara luar seperti Navy Seal Amerika Syarikat dan SAS Australia.
"Tugas PASKAL menuntut pembangunan keupayaan peralatan seiring arus kemodenan teknologi semasa dan kita ada hala tuju tersendiri yang menerapkan kemahiran mapan sejajar evolusi semasa.
"Kita yakin peningkatan keupayaan anggota PASKAL berasaskan teknologi akan dapat melahirkan warga Paskal yang terlatih, kompeten dan bersedia menghadapi sebarang ancaman," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Ulang Tahun PASKAL ke-40 dekat sini pada Sabtu.
Terdahulu ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abg Aziz di majlis sambutan itu di KD Panglima Garang pada 9 pagi disambut Panglima Tentera Laut Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Veteran Paskal, Laksamana Madya (B) Datuk Nasaruddin Othman berkata warga PASKAL berbeza daripada pasukan khas lain dimiliki negara.
"Kalau ikutkan memanglah amat berbeza zaman kami dahulu dari segi teknologi serta kelengkapan, namun jika ditanya kepada mereka yang pernah bergelar anggota PASKAL, sudah pasti ia menjadi kebanggaan dan satu kepuasan buat mereka.
"Pengalaman setiap anggota pasti berbeza namun kita sedar tugas yang diamanahkan menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang besar dalam memikul misi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany melihat demonstrasi Pasukan Khas Laut (PASKAL) pada Sambutan Hari Ulang Tahun PASKAL ke-40. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Paskal laksana perolehan pelbagai jenis aset baharu
Perolehan aset baharu ini dibuat hasil perbincangan berterusan antara kepimpinan Kementerian Pertahanan serta TLDM.

Isteri Ammar Alfian failkan cerai, nekad dapatkan hak penjagaan anak
Isteri kepada bintang filem Paskal, Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendedahkan telah memfailkan tuntutan cerai pada Januari lalu.

Apa yang anda perlu tahu tentang trend viral "Bottle Cap Challenge"?
Laman media sosial sekali lagi dibanjiri hashtag #BottleCapChallenge yang memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan tendangan 'side-kick' tanpa menjatuhkan botol tersebut.

Ligamen kaki saya putus: Hairul Azreen
Hairul Azreen memberitahu ligamen pada anggota kaki kanannya putus ketika menjalani penggambaran filem Wira.

42 filem berentap pada Festival Filem Malaysia
Sebanyak 42 filem akan berentap bagi membolot anugerah dalam 24 kategori yang ditawarkan dalam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM-30) pada 30 Mac ini.

Anggota Paskal maut terkena bom ikan
Mangsa, Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, yang bertugas di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak, dipercayai mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan.

Saya banyak berfikir, bukan soal perkahwinan tapi kehidupan - Gambit
Aktor Gambit Saifullah mengakui pengalaman berlakon dalam filem Paskal memberi impak mendalam pada dirinya untuk menjiwai kehidupan sebenar seorang anggota Paskal.

'Harap selepas ini ada PASKAL 2. Beta amat menyukainya' - Sultan Perak
Terbaik!

Paskal kutip RM22 juta
Paskal berjaya mengaut kutipan RM22 juta dalam tempoh 18 hari tayangan.

'A must watch,' power sungguh! - Mukhriz pun puji PASKAL The Movie
Walawei, power sungguh!