Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Aidilfitri tanpa bekalan air

Sinar Harian
Mac 31, 2024 12:00 MYT
Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.
Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.
"Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan," kata kenyataan itu.
Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.
Oleh itu katanya, AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas. - Sinar Harian
#aidilfitri 2024 #gangguan bekalan air #Kelantan #Pasir Mas #Tumpat
;