Pascabanjir: PM umum RM100 juta bina loji baru di Mempatih selesai isu air di Lanchang
Fareez Azman
Januari 1, 2022 15:00 MYT
Januari 1, 2022 15:00 MYT
LANCHANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi membina loji air baharu di Mempatih, Lanchang.
Jelasnya, pembinaan loji terbabit dijangka dapat menyelesaikan isu bekalan air bersih yang sering terganggu di kawasan itu.
"Datuk Sharkar (ADUN Lanchang), dia kata masalah loji air Mempatih tak selesai, jadi Datuk Sharkar jumpa saya itu je dia tanya.
"Untuk hari pertama sempena tahun baru, saya meluluskan RM100 juta untuk loji air Mempatih. Jadi saya harap dengan pembinaan baru loji ini Mempatih masalah air di Lanchang dapat diselesaikan," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir di Daerah Temerloh pada Sabtu.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Samsuddin.