Pasca PRU13: Jangan jadi peserta dikir barat!

Syafique Shuib
Mei 10, 2013 07:15 MYT
Rakyat sudah pun bersuara pada PRU13, namun golongan muda dan pertengahan yang ingin terlibat dalam proses pembangunan politik negara harus menjadi peserta yang aktif dan tidak seperti “peserta dikir barat”.
Itulah kata Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa UM Prof Datuk Dr Mohamed Abu Bakar yang berpendapat bahawa ada sesetengah pihak yang seperti peserta dikir barat dan akan akur dan tunduk kepada mana-mana pihak.
Jelas beliau, dengan tamatnya PRU13, semua pihak seperti ahli politik, akademik dan masyarakat harus berkeyakinan untuk mengetengahkan cadangan dan visi mereka untuk melengkapi visi nasional.
Beliau juga tidak mahu pihak pemerintah dan pembangkang untuk menyekat pemikiran masyarakat dengan berkata "anda bersama kami, atau tidak" dan menerima baik pandangan semua pihak dengan lebih terbuka.
“Kita seharusnya lebih terbuka dan pada masa yang sama berkesanggupan untuk mendengar pendapat yang berlainan dan berbeza untuk memperkayakan idea yang akan berhubung pemulihan nasional. Semua pihak terpaksa mengakui kelemahan dan kekurangan masing-masing kerana kalau tidak mereka masih duduk dalam suasana lama,” kata beliau ketika siaran langsung program Agenda AWANI.
Klik sini untuk wawancara penuh program Agenda AWANI dengan topik “Partisipasi politik orang muda dan golongan pertengahan”
#Barisan Nasional #Pakatan Rakyat #Pasca PRU13 #Pilihan Raya ke-13 #PRU-13 #PRU13
;