Pasca PRU13: Ciri-ciri yang perlu ada pada ahli Kabinet?

Teoh El Sen
Mei 9, 2013 10:46 MYT
Rakyat Malaysia telah menyuarakan ciri-ciri pemimpin yang mereka ingin lihat pada ahli Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam satu tinjauan oleh Astro AWANI pada laman Facebook, diminta berkongsi ciri-ciri atau kualiti yang mereka ingin lihat pada menteri dan timbalan menteri baru.
Ciri-ciri yang sering diperkatakan adalah seorang yang "Bebas dari rasuah, telus dan mendengar masalah rakyat".
Terdapat juga mereka yang mencadangkan beberapa nama, termasuk bekas ahli parlimen Temerloh dan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan ketua pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin, antara dua nama yang sering dicadangkan.
Nama seperti Tan Sri Shahrir Samad, Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turut dicadangkan.
Terdapat juga satu mesej dari Dinazeti Adnan mencadangkan pemimpin pembangkang Husam Musa dari PAS dan Rafizi Ramli dari PKR.
Simon Chan berkata pemimpin mestilah “Telus, bersih dan berjiwa rakyat” dan “Tak kira apa bangsa asal beliau berusaha demi Malaysia dan bukan nak berusaha demi menambah kekayaan sendiri”.
Aus Hassan pula berkata: “Bukan yang terlibat dalam korupsi, bukan insan yang suka timbulkan isu perkauman dan akhlak yang baik”.
Pembaca yang lain, Pat Av Ezong berkata menteri yang diberi mandat selama lima tahun haruslah membangunkan kawasan pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak kerana kedua negeri ini telah menyumbang kepada kemenangan banyak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Flora Asing berkata pemimpin mestilah “Berfikiran terbuka, sedia mendengar luahan rakyat dan tiada isu perkauman”.
Bagi Izrael Pmas pula “Pemimpin yang boleh menterjemah kehendak rakyat yang sebenar kepada bentuk misi dan visi kementerian di bawahnya. Pemimpin yang mempunyai kredibiliti, sahsiah, tidak melatah dan berusaha meningkatkan reputasi”.
“Amanah, jujur, tidak berbohong, tidak menipu, bercakap benar, berani, pejuang, adil dan beriman bagi yang Islam,” menurut Rahin Selamat.
Jue Zierah pula berkata: “Prihatin masalah rakyat, bantu rakyat miskin, jangan ada kenaikan harga barang yang akan membebankan rakyat, menyediakan pekerjaan kepada penganggur, jujur, adil, tidak mengamalkan rasuah, tidak menipu rakyat, tidak mengabaikan Sabah dan Sarawak, janji harus ditepati”.
Kabinet Malaysia pernah dikritik berikutan jumlah yang besar dan tugas menteri yang mungkin akan menyebabkan pertindihan.
Kabinet sebelum ini mempunyai 28 orang menteri, yang mana lebih kecil jumlahnya dari 32 orang menteri sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Singapura yang mempunyai populasi seramai 5.31 juta orang mempunyai 24 ahli Kabinet. Di India yang populasinya seramai 1.028 bilion penduduk mempunyai 33 ahli Kabinet. Britain mempunyai 22 ahli Kabinet untuk 62.4 juta penduduk. Thailand yang mempunyai 64 juta penduduk dan 20 ahli Kabinet. Di Australia, terdapat lebih kurang 22.7 juta populasi dan 20 ahli Kabinet. China dengan 1.344 bilion penduduk mempunyai 27 ahli Kabinet.
Kajian oleh Universiti Perubatan Vienna pada 2008 mendapati bahawa prestasi kerajaan menurun pada jumlah pemimpin yang besar. Kajian menunjukkan saiz yang ideal ialah sebanyak 20 ahli Kabinet.
Pada PRU13, menteri seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Mereka yang bertanding seperti Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Seri Kong Cho Ha, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Seri Chor Chee Heung dikalahkan dalam pilihan raya tersebut.
Dalam manifesto BN, Najib telah menyatakan untuk menubuhkan kementerian baru untuk untuk menggambarkan peralihan ketara bandar dalam corak demografik negara dan menangani cabaran ekonomi dan sosial bandar.
Beliau juga bercakap mengenai penyerahkan bidang kuasa perkara yang berkaitan bukan Islam kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
#baru #BN #GE13 #kabinet #najib #pemimpin #PRU13
;