KUALA LUMPUR:Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) melahirkan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021.
Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, mendakwa ia berikutan kerajaan hanya menyentuh beberapa sektor dalam industri pelancongan sahaja.
"Adakah peniaga dan penjaja PKS pelancongan yang terjejas hanya berlaku di Sabah? Bagaimana pula keadaan peniaga di Sarawak mahupun di Semenanjung? Mungkin di mata kerajaan, peniaga-peniaga selain di Sabah ini masih mengaut keuntungan pada ketika ini?
"Jadi kami tidak faham rasional kerajaan hanya menyalurkan Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 hanya di Sabah," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Tambah beliau, pihaknya kini hanya bergantung harap kepada Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri pada Jun lalu, namun tetap tidak berpuas hati dengan penyampaiannya.
"Penggiat pelancongan berasa seperti dipermainkan oleh pihak institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus dana tersebut telah diluluskan permohonannya.
"Sebab itu kami mengesyorkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menguruskan dana tersebut kerana MOTAC lebih memahami keadaan penggiat pelancongan ketika ini," ujarnya.
Beliau mengakui, mereka juga kecewa kerana harapan kerajaan dapat memberikan penyelesaian terhadap pinjaman kenderaan oleh pengusaha bas persiaran yang ditekan oleh syarikat pemberian kredit, tidak kesampaian.
"Bas-bas semuanya tidak dapat beroperasi dan memungkinkan mereka menjadi bankrap. Bukannya kena menunggu untuk penggubalan Akta Kredit Pengguna yang kita tidak tahu bila akan dibahas dan digazetkan.
"Inilah membuatkan kami sangat kecewa dengan Belanjawan 2021 kerana besar kemungkinan (sebahagian besar) daripada 3.6 juta tenaga kerja di dalam sektor pelancongan bakal hilang mata pencarian," jelasnya.
Mohd Khalid bagaimanapun mengucapkan terima kasih kerana kerajaan menyediakan peruntukan latihan kepada kakitangan syarikat penerbangan, namun mempersoalkan nasib kakitangan hotel yang terpaksa dihentikan operasi.
"Bagi pengusaha hotel yang masih mampu bertahan, mungkin mereka dapat menarik sedikit nafas lega dengan pengecualian levi tabung HRDF bermula Januari 2021.
"Mungkinkah pelancongan akan berkubur dengan Belanjawan 2021 ini? Masih adakah harapan di dalam Industri Pelancongan Malaysia?" soalnya.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Nov 06 2020
![Pasca pembentangan Belanjawan 2021: Mungkinkah industri pelancongan berkubur? - MATA Pasca pembentangan Belanjawan 2021: Mungkinkah industri pelancongan berkubur? - MATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604677004_PulauMabul.jpg)
MATA mempertikaikan penyaluran Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 kepada pengusaha pelancongan di Sabah sahaja. -Gambar hiasan/ Bernama
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710059208_tbMATAMohdKhalid.jpg)
MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini
MATA akan menganjurkan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX 2024) edisi kedua selama dua hari bermula 23 Ogos ini.
![Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701100008_MATAPengecualianV.jpg)
Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA
Keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.
![MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679053586_TiongKingSing.jpg)
MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong
Tindakan beliau itu merupakan usaha yang akan memberi gambaran positif dan menaikkan tahap keyakinan pelancong asing.
![MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/51451639537_madinah.jpg)
MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.
![COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672333823_Chinaflag.jpg)
COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.
![MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81595746796_pesawat.jpg)
MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA
MATA menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) isu kenaikan tambang penerbangan dengan segera.
![Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA
Ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran.
![MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657362016_JemaahHajisangkut.jpg)
MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara
Bagi mengelakkan ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.
![Pemain industri pelancongan diingatkan tidak abai SOP - MATA Pemain industri pelancongan diingatkan tidak abai SOP - MATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635959967_HotelMelaka.jpg)
Pemain industri pelancongan diingatkan tidak abai SOP - MATA
Mutu perkhidmatan industri pelancongan tempatan harus setanding dengan penggiat sektor itu di negara jiran bagi menyambut kedatangan pelancong asing apabila sempadan negara dibuka dalam waktu terdekat
![Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631799697_TBLOGO.jpg)
Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA
Pemain industri pelancongan negara perlu fokus ke arah memperkasa perniagaan digital untuk membina semula industri berkenaan yang telah lama terhenti susulan pandemik COVID-19.