Pasca banjir: Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Ehsan A Marisah
Januari 26, 2021 16:08 MYT
Januari 26, 2021 16:08 MYT
BATU CAVES: Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) yang terkenal dengan slogan ‘baju tanpa gosok’ menyumbang sebanyak 4,000 helai baju kurung bernilai RM300,000 kepada mangsa banjir terjejas di Johor atas dasar memahami kerumitan yang dihadapi, di samping berdepan cabaran COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa Satu ke Johor tersebut melibatkan beberapa daerah di negeri itu, iaitu Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Segamat dan Kulai.
Selaku penyumbang utama, praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Sufian Sulaiman berkata, inisiatif itu melibatkan 3,598 mangsa banjir dari 996 keluarga di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 Januari 2021.
“Kami berbesar hati untuk membantu mangsa banjir yang terkesan akibat kehilangan dan kemusnahan harta benda akibat bencana ini.
“Pakaian daripada Sabella ini akan diagihkan dengan bantuan DPMM, PPIM dan APM di sana,” katanya kepada Astro AWANI di sini.
Tambah Sufian, Sabella akan terus mempergiatkan misi sama kepada mereka memerlukan pada masa akan datang serta sudah mempunyai perancangan masa hadapan.
“Kita akan lanjutkan dan meneruskan lagi misi ini untuk membantu mereka yang terkesan dengan banjir dan COVID-19, kita juga dalam perancangan membantu barisan hadapan (frontliner) kita, iaitu dengan memberikan baju percuma.
“Kami juga sentiasa berpegang kepada prinsip untuk membantu lebih ramai orang menjana pendapatan dan menaik taraf kehidupan” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, kerjasama dengan pihak Sabella itu merupakan penggerak yang baik serta beliau mengajak lebih ramai badan-badan korporat lain untuk turut sama menyumbang.
“Kami di PPIM dan DPMM berterima kasih kepada Sabella kerana menjadi penyumbang utama misi bantuan kali ini dan harapan supaya diteruskan pada misi-misi akan datang,” ujarnya.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#Sabella
#Sabella Holding Sdn Bhd
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#mangsa banjir
#PPIM
#PPS
#misi bantuan banjir
#Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
#DPMM
#Persatuan Pengguna Islam Malaysia
#angkatan pertahanan awam
#APM
#Sufian Sulaiman
#banjir johor