Pasar raya musnah terbakar
Petrus Bernard
Julai 6, 2021 11:31 MYT
Julai 6, 2021 11:31 MYT
TAWAU: Sebuah pasar raya musnah 95 peratus dalam satu kebakaran di Batu 3, Jalan Apas, di sini awal pagi Selasa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia(JBPM) negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.53 pagi.
"Seramai 16 pegawai dan anggota diketuai Penolong Penguasa Bomba, Mazlan Sarman dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digerakkan ke lokasi dengan kekuatan logistik dua buah jentera FRT, sebuah van EMRS sejauh empat kilometer.
"Pemadaman dilakukan dengan kaedah Offensive Firefighting dan Fire Break dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 3.23 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 8.07 pagi,” kata jurucakap itu.
Bagaimanapun, bangunan kedai secara kekal yang berukuran 100 x 150 kaki itu musnah 95 peratus.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
#Jalan Apas
#Tawau
#Sabah
#JBPM Sabah
#pasar raya
#terbakar
#JBPM
#pusat gerakan operasi
#bomba
#kemalangan
#kebakaran