MELAKA: Sepasang suami isteri warga emas berdepan detik cemas apabila cermin kereta mereka dipecah menggunakan kayu besbol sebelum beg tangan serta dompet mereka disamun dua lelaki bermotosikal di Taman Muhibbah, Jalan Pantai Emas, Klebang Besar di sini, Sabtu lepas.
Mangsa, Gan Chuei Lan, 66, berkata kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika dia dan suami, Gue Boon Guan, 65, yang menaiki kereta jenis Proton Iswara baru sahaja tiba di hadapan rumah mereka.
"Suami (Gue) ketika itu keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah manakala saya masih di dalam kereta dan sedang memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan. Saya mendengar lelaki menjerit 'beg' dan memecahkan cermin tingkap penumpang hadapan dengan kayu.
"Serpihan cermin yang pecah terkena muka saya dan dalam keadaan panik, saya beralih ke tempat duduk pemandu untuk keluar dari kereta serta sempat mencampakkan beg tangan ke dalam pagar rumah sambil menjerit kuat meminta tolong," katanya.
Pasangan itu ditemui pemberita ketika menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang Datuk Lim Ban Hong di kediaman mereka hari ini.
Bercerita lanjut mengenai kejadian yang berlaku kurang dari lima minit itu, Gan berkata seorang lagi lelaki kemudian memanjat pintu pagar rumah mereka lalu mengambil beg tangannya.
Menurut Gan, suaminya dipukul dengan kayu besbol di bahagian kaki kiri serta dompetnya dirampas manakala kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal sama.
"Kejadian sangat mencemaskan, sampai hari ini saya dan suami masih ketakutan. Lagipun ini bukan kejadian pertama... sebelum ini, anak saya juga pernah disamun di hadapan rumah dan beberapa rumah jiran juga pernah dipecah masuk.
"Suami telah membuat laporan polis kira-kira 11.30 malam hari sama dan polis telah datang ke rumah untuk membuat siasatan lanjut," katanya dan menambah mereka kerugian wang tunai kira-kira RM400 akibat kejadian itu.
Sementara itu, Lim berkata beliau telah memohon kepada polis khususnya Balai Polis Batang Tiga untuk meningkatkan rondaan di Taman Muhibbah dan beberapa taman perumahan berhampiran.
Beliau berkata insiden pecah rumah dan samun di kawasan berkenaan bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk tetapi menimbulkan ketakutan khususnya dalam kalangan warga emas yang rata-ratanya telah menetap lebih 20 tahun di kawasan perumahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Menurut Gan, suaminya dipukul dengan kayu besbol di bahagian kaki kiri serta dompetnya dirampas oleh suspek. - Gambar hiasan
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Lelaki dipenjara 9 tahun cederakan anak saudara
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan cedera parah ke atas anak saudaranya berusia 14 tahun.
Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.
Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta
Tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.
Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing
Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.
Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.
Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.
Polis tahan enam lelaki pukul, rompak ahli perniagaan
Polis menahan enam lelaki selepas disyaki memukul dan melarikan wang tunai RM18,500 daripada seorang ahli perniagaan kerana gagal membayar hutang berjumlah RM500,000.