Pasangan suami isteri ditahan miliki ketum, ubat batuk

Sinar Harian
Januari 20, 2023 15:06 MYT
Sebahagian daun ketum yang dirampas dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri ditahan dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli kerana dipercayai memiliki 260 kilogram daun ketum dan 10 liter ubat batuk dianggarkan bernilai RM9,300.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pasangan berusia 45 dan 47 tahun itu ditahan pada jam 10.50 pagi Selasa ketika dalam perjalanan ke Grik.
"Pasangan itu dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika melalui kawasan sekatan jalan raya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, pemeriksaan dalam kenderaan Proton Exora yang dinaiki pasangan suami isteri itu menemui 26 bungkusan di bahagian tempat duduk belakang dipercayai daun ketum.
Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.- Sinar Harian
#suami isteri #daun ketum #ubat batuk #Sekatan Jalan Raya
;