Sepasang suami isteri penjawat awam ditahan Isnin lalu selepas dipercayai melakukan penderaan hingga menyebabkan kematian anak kandung yang berusia empat bulan.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pasangan itu yang bertugas di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya, ditahan di perkarangan Hospital Serdang pada Isnin lepas setelah pihaknya menerima panggilan daripada Bahagian Kecemasan hospital berkenaan pada 9.27 pagi, hari yang sama mengenai seorang bayi lelaki yang mati dengan beberapa kesan kecederaan.
Menurutnya, bayi itu dengan kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan, bengkak dan luka di kemaluan, serta lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki, dibawa oleh kedua ibu bapanya ke hospital itu pada 6.50 pagi dan disahkan meninggal dunia 7.20 pagi hari yang sama.
"Bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras dan lebih kurang 89 kesan lebam, lecur serta calar baru dan lama di seluruh anggota badan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pasangan suami isteri berumur 42 dan 37 tahun itu direman 14 hari sehingga 18 Nov.
Turut direman selama tujuh hari bermula 8 Nov lepas ialah seorang wanita berumur 33 tahun yang merupakan rakan sekerja ibu mangsa dan rakan serumah di Sungai Merab di sini, kata Abdul Aziz.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
Abdul Aziz berkata siasatan awal medapati masalah kemurungan menjadi antara punca pasangan tersebut bertindak sedemikian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 11 2019
Bayi itu mempunyai kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan, bengkak dan luka di kemaluan, serta lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki. - Gambar hiasan
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Keluarga bayi mati di pusat jagaan cadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian
Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia di Kota Bharu bercadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian.
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.
Bayi lapan bulan mati disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh
"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami."
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.
Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.
Ibu didakwa abai, anak dua tahun maut dalam kereta
Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang maut setelah berada lebih tujuh jam dalam kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Bayi empat bulan maut tersedak susu di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berumur empat bulan yang dirawat kerana disyaki tersedak susu dalam kejadian pada Selasa, disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Bayi maut: Pengusaha, pengasuh taska akan dituduh esok
Dua wanita termasuk pengusaha sebuah taska yang sebelum ini diberkas berkaitan kes kematian melibatkan seorang bayi perempuan akan dituduh di mahkamah pada Rabu.
Kanak-kanak 2 tahun maut, dipercayai tertinggal lebih 7 jam dalam kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, pada Rabu.
Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu
Siasatan awal mendapati bayi berkenaan diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek, pada petang Selasa lepas, untuk dijaga.