YAN: Sepasang kekasih masing-masing dikompaun RM5,000 selepas ditahan kerana merentas daerah tanpa kebenaran polis dipercayai untuk keluar bersiar-siar pada Isnin.
Kedua-dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) itu yang menaiki sebuah kereta ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, jam 10.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pasangan berusia 22 dan 24 tahun itu melakukan kesalahan merentas daerah dari Kuala Muda ke Yan tanpa kebenaran polis.
“Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pergerakan rentas daerah dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Pasangan itu memberi alasan datang ke daerah ini untuk berjalan-jalan. Mereka mengaku melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Berikutan itu, Shahnaz berkata, kedua-dua penuntut terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Katanya, mereka turut dikompaun maksimum RM5,000 mengikut Peraturan 4(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (No 2) 2021.
Adie Sufian Zulkefli
Mon May 31 2021
Pasangan berusia 22 dan 24 tahun itu melakukan kesalahan merentas daerah dari Kuala Muda ke Yan tanpa kebenaran polis. - Gambar hiasan
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Polis cekup pasangan kekasih aktif curi tabung derma di Melaka, Johor
Suspek lelaki berusia 33 tahun dan wanita 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota polis.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok Rabu lepas.
Pasangan kekasih maut nahas empat kenderaan
Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan awal pagi tadi.
Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan
Pasangan kekasih dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas Skudai, pada Rabu.
2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah
Polis percaya berjaya menyelesaikan lebih 15 kes pecah rumah dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Pasangan kekasih 'berteduh' di motel akibat hujan lebat
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri dan bukan mahram, bagaimanapun mengaku baharu sahaja bertunang.
Ditangkap khalwat: Beri alasan tumpang tidur, dekat tempat kerja
Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut mengenali wanita itu yang juga berusia 23 tahun tidak sampai setahun.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.