JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih yang mengelak dari pemeriksaan polis dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sejauh 130 kilometer (km) berjaya ditahan awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), ACP Raub Selamat berkata, dalam kejadian 11.30 malam itu, lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 20 dan 18 tahun berada di dalam sebuah kereta Proton Persona diparkir di kawasan rekreasi Adda Height di sini.
Beliau berkata, ketika anggota polis yang membuat rondaan ingin membuat pemeriksaan, kedua-dua suspek warga tempatan itu cuba melarikan diri.
"Suspek terus mengundurkan keretanya dan melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) polis sebelum melarikan diri serta telah dikejar sejauh kira-kira 130km.
"Sebanyak enam buah MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS dan empat MPV dari IPD Johor Bahru Utara (JBU) turut membantu untuk menahan pasangan terbabit sehingga di KM 76.6 lebuh raya Johor Bahru-Ayer Hitam, sebelum mereka ditahan, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata, berdasarkan siasatan awal, pasangan berkenaan melarikan diri kerana sedang berdua-duaan di dalam kereta dan terkejut apabila melihat kereta peronda polis menghampiri kenderaan mereka.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta Proton Persona, sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM168.
"Kedua-dua yang ditahan telah dibenarkan untuk direman oleh Majistret Mahkamah Johor Bahru di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (memandu secara melulu)," katanya.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 15 saat di laman Facebook memaparkan kejadian melibatkan beberapa kereta polis mengejar sebuah Proton Persona di Jalan Skudai di sini. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
ACP Raub Selamat berkata, lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 20 dan 18 tahun berada di dalam sebuah kereta Proton Persona diparkir di kawasan rekreasi Adda Height. - Gambar Facebook/Polis Daerah Johor Bahru Selatan
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Pasangan kekasih 'berteduh' di motel akibat hujan lebat
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri dan bukan mahram, bagaimanapun mengaku baharu sahaja bertunang.
Ditangkap khalwat: Beri alasan tumpang tidur, dekat tempat kerja
Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut mengenali wanita itu yang juga berusia 23 tahun tidak sampai setahun.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Agensi jawab isu Junho 2PM, Yoona SNSD bercinta di luar set King the Land
Percintaan yang terjadi dalam kalangan selebriti bukan hal baharu malah ada yang sampai ke jenjang pelamin.
Pasangan kekasih buat aksi jelik dalam kereta ditahan
Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan polis di dua lokasi berbeza, pada petang Khamis.
Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis
Suspek lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan sebaik tiba dari Kuala Lumpur di stesen bas di Butterworth kira-kira jam 6 pagi pada 27 Februari lepas.
Pelajar IPT beri alasan mahu berehat ketika ditangkap khalwat
Mahu berehat selepas seharian bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu, itu alasan diberikan sepasang kekasih yang merupakan pelajar IPTS selepas mereka ditahan dalam operasi cegah maksiat.
Tak puas hati kena marah, pasangan kekasih 45 tahun ditahan rosakkan kenderaan
Polis menahan sepasang kekasih disyaki merosakkan sebuah kenderaan di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, di sini, semalam.
Pasangan kekasih ditahan selepas dikejar polis sejauh 130 km
Suspek mengundurkan kereta dan melanggar MPV polis sebelum melarikan diri serta telah dikejar.