Pasangan adik-beradik dalang sindiket Ecstasy ditahan

Astro Awani
September 25, 2017 16:23 MYT
Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM760,000 dalam dua serbuan di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.
Polis Pulau Pinang membongkar satu sindiket memproses pil Ecstasy serta ubat tiruan yang didalangi pasangan adik beradik.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Roslee Chik memaklumkan polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM760,000 dalam dua serbuan di negeri itu dan di Kuala Lumpur.
Menurut Roslee, suspek lelaki dan wanita itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dalam operasi yang bermula jam 5.30 petang.
Katanya, serbuan pertama di sebuah rumah teres di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam telah membongkar sebuah makmal memproses dadah sebelum sebelum menemui pelbagai jenis dadah dan pil tiruan.
Turut dirampas, empat mesin yang dipercayai digunakan bagi memproses dadah berkenaan.
Roslee berkata suspek tersebut dipercayai cuba melarikan diri ke Miri, Sarawak selepas mengetahui adiknya ditahan polis.
Kedua-dua suspek ditahan reman hingga 28 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
#ecstasy #IPK Pulau Pinang #makmal memproses dadah #Roslee Chik #Taman Seri Rambai #ubat tiruan
;