Pasang 'kuda-kuda' UMNO 4.0

Kamarul Bahrin Haron
Disember 6, 2017 05:30 MYT
Bagaimana kepimpinan daripada ribuan cawangan hinggalah ke 191 bahagian untuk mendakap kemas, memeluk erat UMNO 4.0 dalam struktur yang sudah kukuh pegun sekian lama?
PERHIMPUNAN Agung UMNO kali ini adalah yang terakhir menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14). Ini fakta!
Perhimpunan yang disifatkan sebagai 'ibu kepada segala perhimpunan' ini merupakan medan 'buka gelanggang' untuk 'pasang kuda-kuda' kerja habisan-habisan demi 2314 atau menang 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Ini juga fakta!
Zaman sekarang adalah era gangguan. Gangguan teknologi, tsunami Revolusi Perindustrian 4.0 atau 4IR. Ini juga fakta. Fakta yang sedang dihadam oleh dunia.
Persoalannya, adakah UMNO di PAU ke 71 ini medan transformasi UMNO 4.0? Ini tumpuan utama liputan Astro Awani di PAU kali ini.
VIDEO: Klik sini untuk memahami apa itu UMNO 4.0
Kenapa UMNO 4.0?
UMNO 1.0 adalah perjuangan ke arah memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. UMNO 2.0 pula ialah kesinambungan untuk mengisi kemerdekaan dengan berdikari mengurus tadbir negara. Selepas itu perjuangan diteruskan untuk memastikan Malaysia kompetitif di persada antarabangsa dengan perlaksanaan polisi perindustrian dan teknologi tinggi daripada hanya ekonomi komoditi.
Dalam rentetan inilah timbul pemikiran untuk UMNO 4.0 bagi menggalas transformasi politik dan kepimpinan di era peradaban sejagat yang dilanda pacuan perubahan teknologi 4IR.
#ICYMI: #AgendaAWANI menyelami 'thought leadership' atau kepimpinan pemikiran UMNO
Kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional sendiri sudahpun membawa transformasi negara ke arah ekonomi digital dan sebagainya.
Bagaimana visi dan misi daripada kuasa eksekutif ini akan turut diaplikasikan dalam parti berusia lebih tujuh dekad ini?
BACA: Semalam pentas Pemuda UMNO tidak sunyi, mahu yang 'lapuk' beri ruang kepada yang muda
Bagaimana kepimpinan daripada ribuan cawangan hinggalah ke 191 bahagian untuk mendakap kemas, memeluk erat UMNO 4.0 dalam struktur yang sudah kukuh pegun sekian lama?
#Agenda Awani #Barisan Nasional #Berita UMNO 4 0 #Kepimpinan pemikiran UMNO #Malaysia #MalaysiaMemilih #Melayu #PAU2017 #Perhimpunan Agung UMNO 2017 #politik #PRU14 #Revolusi Perindustrian 4 0 #Thought Leadership UMNO #UMNO #UMNO 4 0
;