Pas tanpa had MyRapidKL bantu kurangkan kos hidup rakyat - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Disember 1, 2018 11:48 MYT
Anthony Loke (duduk, dua dari kanan) pada sidang media majlis pelancaran Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 di ibu negara pada Sabtu. - Astro AWANI
Pengenalan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat membantu rakyat, terutamanya di Lembah Klang, untuk mengurangkan kos sara hidup mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Melalui pas itu, Dr Mahathir berkata, ia bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan mereka, malah masa perjalanan ke tempat tujuan seperti pejabat dan sekolah.
“Ini selalu jadi pemikiran Kabinet... bagaimana untuk permudahkan kehidupan rakyat, membantu mereka mengurangkan perbelanjaan supaya hidup mereka menjadi lebih sempurna.
“Kali ini setelah memperkenalkan pengangkutan awam, tetap ada kos penggunaannya. Jadi kalau kita dapat mengurangkan kos ini, ia pasti dapat tolong rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur dan kerja di Kuala Lumpur.
“Maka difikirkan ada satu pas yang murah tetapi perjalanan tanpa had boleh digunakan dengan pas yang diperkenalkan ini,” katanya ketika berucap melancarkan Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50, di sini hari ini.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Majlis Pelancaran Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 di KL Sentral. Pemegang pas My100 boleh nikmati semua perkhidmatan pengangkutan di bawah @MyRapidKL tanpa had sepanjang 30 hari.@501Awani pic.twitter.com/DFeAg6Kk31

— . (@FirdausAzil) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagi pemegang pas My50 pula, mereka boleh menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT (tidak termasuk BRT). @501Awani

— . (@FirdausAzil) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melalui My100, pelanggan boleh menikmati semua perkhidmatan rel dan bas Rapid KL termasuk - MRT, LRT, Monorel, BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had selama 30 hari dengan hanya RM100.
Bagi My50, dengan bayaran RM50, pengguna boleh menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had untuk tempoh yang sama, kecuali BRT Sunway.

More details on how to apply can straightaway refer to @MyRapidKL https://t.co/JUhENjtsIT

— . (@FirdausAzil) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bas #brt sunway #LRT #Mahathir Mohamad #monorel #MRT #MY100 #My50 #pengangkutan awam #Prasarana Malaysia Berhad #Rapid KL
;