Pas peroleh majoriti mudah di Kelantan, Terengganu - SPR
Astro Awani
Ogos 12, 2023 22:52 MYT
Ogos 12, 2023 22:52 MYT
KUALA LUMPUR: Pas mempertahankan Kelantan dan Terengganu selepas memperolehi majoriti mudah di kedua-dua negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pas menawan 17 daripada 32 kerusi yang diperuntukkan di Kelantan.
"Dengan ini berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi lima puluh peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan (di Terengganu dan Kelantan)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR, di sini, hari ini.
Jelasnya, Pas juga telah memenangi 23 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan di Kelantan setakat jam 9.56 malam.
Jumlah itu menurun berbanding 22 kerusi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan baki lapan kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN).
Manakala di Terengganu, Pas memenangi 23 daripada 40 kerusi pada PRN hari ini.
Parti itu sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak satu kerusi di Terengganu, berbanding 22 kerusi pada PRU14 dengan baki 10 kerusi dimenangi BN.