Tindakan PAS membangkitkan isu tarikh luput susu sumbangan Barisan Nasional (BN) kepada penduduk menunjukkan parti itu hanya pentingkan isu remeh, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata desakan PAS agar Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf berhubung perkara itu juga satu cubaan PAS mengalih perhatian daripada isu poster palsunya.
"Saya pun dapat rungutan daripada akar umbi macam-macam tentang barangan yang diberi oleh PAS, tapi kita tak gembar-gemburkan, sebab kita nak tengok pembangunan untuk rakyat di Sungai Limau. Kita nak tengok perkara yang amat mustahak," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Shahrizat yang sebelum itu merasmikan Program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) Bersama Ibu Tunggal, diminta mengulas laporan portal berita HarakahDaily yang memetik Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar mendesak Abdul Azeez bertanggungjawab terhadap insiden susu tamat tempoh berkenaan.
"Mereka (PAS) dah termalu, macam-macam angkara mereka dah buat dengan autanya, faktanya... apabila orang dah dapat tahu, mereka ambil isu tin susu (tamat tempoh) tu pula," kata Shahrizat.
Sementara itu Abdul Azeez dalam satu kenyataan di sini, berkata tindakan PAS berkenaan merupakan satu pendekatan terdesak dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian 4 Nov ini.
"Ini merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang mengandungi satu tin susu telah tamat tempoh," katanya.
"Dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi, perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar 'superimposed menggunakan teknik photoshop antara calon PAS dengan Allahyarham Tan Sri Azizan," katanya lagi.
Beliau juga menempelak PAS kerana menggunakan isu bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon PAS.
"Apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada beliau, pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut," katanya.
HarakahDaily melaporkan satu tin susu yang diberi bersama-sama tepung gandum, beras dan gula kepada penduduk di Sungai Dedap didapati terluput tiga hari lepas, manakala pada bahagian luar beg plastik tertera nama dan gambar Abdul Azeez.
Bernama
Tue Oct 29 2013
!['PAS pentingkan isu remeh-temeh' 'PAS pentingkan isu remeh-temeh'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81357798073_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kerajaan saman suami dan anak-anak Shahrizat Jalil Kerajaan saman suami dan anak-anak Shahrizat Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559541159_Shahrizat.jpg)
Kerajaan saman suami dan anak-anak Shahrizat Jalil
Kerajaan fail saman ke atas syarikat NFC dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula pinjaman RM253.6 juta.