PAS tidak menolak kemungkinan mencalonkan penyanyi Aishah untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Nama penyanyi tersebut diserahkan oleh PAS Negeri Sembilan kepada PAS Pusat dan ia kini sedang dipertimbangkan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan ia belum diputuskan.
"PAS Pusat memang menerima nama Aishah daripada PAS Negeri Sembilan untuk dijadikan calon pilihan raya akan datang.
"Setakat ini, ia masih dalam pertimbangan dan belum diputuskan," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Menurut sumber dalaman PAS Negeri Sembilan, Aishah mahu diletakkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Jempol.
"Aishah dipilih kerana nama beliau dihantar oleh PAS Jempol sendiri dan setakat ini PAS negeri menerima pencalonan tersebut.
"PAS negeri hanya menunggu 'lampu hijau' dari PAS Pusat untuk mengumumkan Aishah sebagai calon pilihan raya," kata sumber tersebut kepada Astro Awani.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin menyertai PAS tahun lepas. Beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Pusat Tarbiyah PAS Taman Melewar.
Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu merupakan lulusan Sains Politik di Universiti Auckland.
Namanya sebagai penyanyi mula terkenal selepas muncul bersama kumpulan The Fan Club pada tahun 1989 sebelum jadi artis solo setahun kemudian.
Beliau cukup popular pada tahun 1990-an dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang serta beberapa lagu klasik Melayu yang dirakamkan semula termasuk Fatwa Pujangga dan Bahtera Merdeka.
Kerusi Parlimen Jempol kini disandang oleh Datuk Lilah Yassin dari Barisan Nasional yang menewaskan calon PAS, Siti Meriam Naam dengan majoriti 12,320 undi pada PRU-12.
Irwan Muhammad Zain
Sat Feb 02 2013
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung paus, kata saintis
Sekumpulan paus pembunuh atau Orca di perairan Mexico mungkin mengembangkan teknik pemburuan baharu untuk memburu jerung paus, ikan terbesar di dunia.
Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Nasihat Aishah buat pendatang baharu
Kata Aishah, penting buat setiap penyanyi mempunyai identiti sendiri untuk kekal lama.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Aishah kongsi jadual padat di GV10 dari Isnin hingga Ahad, ini rupanya yang berlaku
Tidak hanya menyanyi, para bintang juga memiliki komitmen lain yang harus dilaksanakan setiap minggu.
'Dulu tiada sponsor sebab banyak kain, kini berebut' - Aishah nak berfesyen di GV10, bakal ada glam team
Menurut Aishah, masalah yang dihadapinya itu bukanlah bersama pihak Astro sebaliknya penaja yang tidak mengotakan janji.
'Berat turun ke 57kg' - Aishah dah muat baju tahun 1993, impian pakai kebaya raya tercapai
Menurut Aishah, dia mengalami penyusutan berat badan selepas berpuasa selama 20 hari.
'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.
Penyanyi Aishah terima gelaran Datuk
Penyanyi popular Aishah merupakan antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada Jumaat.
'Ingatkan dah sampai masa saya ... ' - Aishah kongsi pengalaman perangi COVID-19
Penyanyi Aishah akui pernah mempunyai rasa seperti nyawanya mahu berakhir ketika sedang bertarung melawan COVID-19.
"Ya Allah mental tak kuat hari ini" - Aishah
Melihat pesakit-pesakit lain turut dirawat di wad yang sama menyebabkan mental Aishah tidak kuat.
Demam dan oksigen tak normal, Aishah positif COVID-19
Dalam hantaran terbaharu, Aishah memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklukan dia dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.