PAS diramal akan menang PRK Sungai Limau - UMCEDEL
Astro Awani
November 4, 2013 08:38 MYT
November 4, 2013 08:38 MYT
PAS diramalkan akan mengekalkan status quo dengan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Limau hari ini.
Menurut timbalan pengarah UMCEDEL(Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya) Amer Saifude Ghazali dalam rancangan Agenda Awani semalam, ramalan ini berdasarkan keputusan PRK beberapa tahun yang lalu serta pemerhatian terkini.
Bagaimanapun, Amer Saifude juga bertambah PAS mungkin mengalami penurunan undi majoriti dalam PRK tersebut.
Pada masa yang sama, Amer Saifude berkata pengundi atas pagar akan menjadi penentu dalam pertandingan yang mengutamakan isu-isu tempatatan serta keagamaan.
Pengudi penentu ini dianggarkan merangkumi 7,000 daripada 27,000 lebih pengundi di Sungai Limau, menurut setiausaha UMCEDEL Rosmadi Fauzi.
Mereka terdiri daripada pengundi luar, pengundi Cina serta pengundi-pengudi muda, katanya.