Pas bulanan Prasarana akan diintegrasikan dengan MRT 2 - Anthony Loke

Astro Awani
Februari 7, 2023 18:07 MYT
Anthony Loke berharap, lebih ramai akan melanggan pas bulanan itu dan pengunaan pengangkutan awam akan meningkat. - Gambar/ BERNAMA
SUNGAI BULOH : Kerajaan akan mengintegrasikan pas bulan sedia ada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dengan tren Transit Aliran Massa (MRT) 2 untuk memudahkan pengguna.
Justeru Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berharap, lebih ramai akan melanggan pas bulanan itu dan pengunaan pengangkutan awam akan meningkat.
"Kita juga akan mengintegrasikan pas bulanan dengan Prasarana yang disediakan bagi meliputi MRT 2 dan kita berharap orang ramai akan mengunakannya sebaik mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke MRT 2 laluan Putrajaya di Depoh MRT Sungai Buloh di sini, pada Selasa.
Pengangkutan Awam | Pas bulanan Prasarana akan diintegrasikan dengan MRT2
Mengulas lanjut, Anthony memberitahu, pihaknya mengunjurkan peningkatan purata penumpang harian kira-kira 200,000 dalam tempoh dua tahun akan datang.
Menurutnya, dalam fasa pertama pembukaan MRT 2 yang hanya melibatkan 12 stesen, setakat ini purata penumpang adalah 23,000 sehari.
"Dengan penambahan 24 stesen lagi menerusi fasa kedua, kita menjangkakan peningkatan penumpang dengan 200,000 penumpang harian dalam tempoh satu hingga dua tahun," ujarnya.
#MRT #MRT Corp #pas bulanan #Kementerian Pengangkutan
;