Pas arah tangguh semua program rasmi - Hadi Awang

Nur Fazlizai Ali
Oktober 2, 2020 15:54 MYT
Abdul Hadi berkata, sebarang cadangan penganjuran program perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa. - Gambar fail
MARANG: Pas mengarahkan penangguhan semua program rasmi berkuat kuasa serta-merta berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di seluruh negara sehingga tarikh yang akan ditentukan kelak, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang cadangan penganjuran program perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.
“Kami buat keputusan semua program umum ditangguhkan kerana berlakunya (penularan) COVID-19 yang meningkat, kami arahkan supaya parti menangguhkan semua program umum,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila, di sini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Marang itu mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin tertinggi parti dan sayap Pas.
Antara yang hadir termasuk Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man , Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki serta Ketua Dewan Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin.
#PAS #Abdul Hadi Awang #tangguh program rasmi #COVID19 #prosedur operasi standard #SOP #kuliah Jumaat #Masjid Rusila
;