PAS akui saingan PRK N20 bakal sengit
Astro Awani
Oktober 3, 2013 22:57 MYT
Oktober 3, 2013 22:57 MYT
Menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November ini, PAS mengakui saingan adalah sengit.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui tidak mengambil mudah persaingan politik antara BN dan PAS pada PRK N20.
Ujar beliau, "Saya tidak melihat politik di Sungai Limau dicorakkan oleh faktor calon tetapi dicorakkan oleh kesedaran politik yang tinggi yang ada yang berjaya dibentuk oleh PAS dan Allahyarham sendiri."
Dalam temubual bersama Awani745, Mahfuz tidak melihat faktor bekas penyandang Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak merupakan satu-satunya kekuatan PAS dalam mempertahankan kubu kuat PAS selama lima penggal itu.