Parlimen tolak usul lucut jawatan Apandi Ali sebagai Peguam Negara
Hafiz Marzukhi
Mac 16, 2016 14:00 MYT
Mac 16, 2016 14:00 MYT
Usul untuk melucutkan Tan Sri Apandi Ali sebagai Peguam Negara telah ditolak Parlimen.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata usul tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
"Kita akan lihat semula sama ada ia betul-betul bercanggah," kata Dr Wan Azizah.
Ditanya mengenai kemungkinan beliau akan memfailkan semula usul undi tidak percaya, Dr Wan Azizah berkata tumpuan utama kini adalah kepada Pilihanraya Negeri Sarawak.
"Kita boleh failkan usul tetapi sekarang ini kami tumpu kepada Pilihanraya Sarawak," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pada Rabu.