Parlimen: RUU Perbekalan 2022 Kementerian Perpaduan lulus

Astro Awani
November 23, 2021 09:20 MYT
Seramai 23 ahli Dewan Rakyat berbahas peringkat jawatankuasa dan Halimah Mohamed Sadique menggulung perbahasan. - Gambar Japen
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.
Perkara itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.
Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM342,528,400 bekalan B14 Perbelanjaan Mengurus serta P14 bagi Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.
Seramai 23 ahli Dewan Rakyat berbahas peringkat jawatankuasa RUU itu sejak jam 12 tengah hari dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menggulung perbahasan.
#Dewan Rakyat #Halimah Mohamed Sadique #kementerian perpaduan negara #Belanjawan 2022