Parlimen: RUU Perbekalan 2022 Kementerian Luar lulus

Astro Awani
November 23, 2021 19:07 MYT
Kamarudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar hari ini. - Gambar JAPEN
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.
Perkara itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.
Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM760,404,100 membabitkan bekalan B13 Perbelanjaan Mengurus serta P13 bagi Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.
Ahli Dewan Rakyat sebelum itu berbahas pada peringkat jawatankuasa RUU itu sebelum Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar menggulung perbahasan.

RUU Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa Kementerian Luar Negeri diluluskan di Dewan Rakyat. #AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/ufTTy1F1XG

— Astro AWANI (@501Awani) November 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kementerian Luar #Parlimen #RUU lulus #Belanjawan 2022
;