Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala

Umavathi Ramayah
Oktober 22, 2024 14:58 MYT
Syed Saddiq berkata, peningkatan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan dengan mengambil kira kedudukan ekonomi, termasuk kadar inflasi negara. - Gambar fail/Japen
KUALA LUMPUR: Cadangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meningkatkan bantuan kerajaan kepada golongan susah dibuat secara berkala, dengan kaedah penetapan melalui undang-undang mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Cadangan Peningkatan Bantuan Berkala: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar bantuan kerajaan kepada golongan susah ditingkatkan secara berkala melalui pindaan undang-undang.
  • Penetapan Berdasarkan Ekonomi: Cadangan tersebut melibatkan peningkatan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan mengambil kira kedudukan ekonomi dan kadar inflasi negara.
  • Reaksi Positif Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik cadangan tersebut dan mengakui keperluan meningkatkan jumlah bantuan berdasarkan kenaikan kos sara hidup.

Ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini, wakil rakyat MUDA itu berkata, peningkatan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) itu boleh dilakukan dengan mengambil kira kedudukan ekonomi, termasuk kadar inflasi negara.
Syed Saddiq: Jika Perdana Menteri boleh masukkan melalui pindaan undang-undang supaya peningkatan ini dibuat secara berkala dan tetap.
Sebagai contoh, kita ikut kadar inflasi negara secara tahunan, setiap tiga tahun supaya kita tidak perlu tunggu untuk pengumuman pada setiap belanjawan.
Kalau kita dapat lakukan perkara perkara Yang Berhormat Perdana Menteri, you are effectively institutionalising change supaya pada masa-masa yang akan datang ia tidak lagi perlu ikut kepada kemahuan ataupun iltizam politik kalau kerajaan berubah.
Anwar: Terima kasih Yang Berhormat Muar, ia cadangan baharu, baik dan lihat umpamanya mengenai keperluan meningkatkan jumlah bantuan berdasarkan kenaikan kos sara hidup.
Kedua-duanya bercakap pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini.
#Anwar Ibrahim #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #Parlimen #Inflasi
;