Parlimen: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dibentangkan suku pertama 2022

Umavathi Ramayah
September 30, 2021 04:05 MYT
Mansor Othman menjelaskan pindaan akta peringkat satu telah siap dan dikemukakan kepada kementeriannya. - Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman menjelaskan pindaan akta peringkat satu telah siap dan dikemukakan kepada kementeriannya.
"Draf pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk kelulusan dalam masa terdekat.
"Kita menyasarkan akta ini akan dibentang di Parlimen pada suku pertama 2022," kata beliau.
Mansor berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Pematang Pauh) mengenai status cadangan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Antara yang dicadangkan dalam pindaan itu adalah menaikkan denda maksimum kepada RM10 juta daripada RM500,000 pada ketika ini.
Menjawab soalan asal yang dibangkitkan oleh Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai usaha Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam memastikan kejadian pencemaran sungai yang tidak berulang, Mansor memberitahu, kementeriannya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani masalah pencemaran.
Antaranya kata beliau adalah seperti berikut:
  • Melakukan program penguatkuasaan secara berfokus kepada industrian yang mempunyai risiko yang memyebabkan pencemaran menerusi Ops Gempur.
  • Melaksanakan operasi bersepadu dengan pelbagai agensi penguat kuasa ke atas punca-punca yang telah dikenal pasti bermasalah.
  • Pemantauan melalui rondaan dron di kawasan yang dikesan.
  • Pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi meningkatkan denda maksimum.
  • Melibatkan libat urusa termasuk latihan kepada semua agensi dan pemegang taruh yang terlibat dalam pengurusan sumber air di peringkat persekutuan dan negeri.
  • #Nurul Izzah Anwar #Pakatan Harapan #Peguam Negara #Parlimen