Parlimen perlu jadi perhimpunan bincang kepentingan negara, bukan peribadi - Azhar
Bernama
Julai 13, 2020 17:40 MYT
Julai 13, 2020 17:40 MYT
Parlimen perlu menjadi satu perhimpunan bagi membincangkan hal-hal melibatkan kepentingan negara dan bukannya satu kongres dipenuhi wakil rakyat dengan kepentingan sendiri dan saling bermusuhan, tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu Datuk Azhar Azizan Harun.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Yang Dipertua, beliau berkata majlis penggubalan undang-undang tertinggi negara itu sepatutnya membincangkan kepentingan menyeluruh untuk kepentingan bersama, yakni kepentingan negara.
Baginya, Parlimen Ke-14 ini adalah satu era baharu, dan walaupun rata-rata berpendapat bahawa majoriti tipis di pihak kerajaan membawa ketidakstabilan, padanya ia merupakan pemangkin untuk analisis dan perdebatan yang lebih bermakna dan dinamis.
"Namun, matlamat tersebut tidak akan dapat dicapai sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak meninggalkan politik dan prinsip kepartian di dalam menjalankan tugas di Parlimen," katanya.
Beliau menyampaikan ucapan di hadapan Ahli Parlimen sebaik dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, di sini, hari ini.
#bukan kepentingan sendiri
#Dewan Rakyat
#kepentingan negara
#kerajaan
#Parlimen
#perhimpunan
#politik
#undang-undang