KUALA LUMPUR: Hasil libat urus bersama pihak berkepentingan berkaitan isu penggunaan perkataan kalimah Allah akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) yang dijadual bersidang antara 25 hingga 27 Oktober ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil libat urus yang dipersetujui kemudian akan digunakan sebagai garis panduan untuk mengeluarkan arahan pentadbiran baharu berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.
"Bagaimana arahan pentadbiran baharu? Kita telah mengadakan sesi libat urus lima kali dan kemudian hasil libat urus itu telah pun kita bentangkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan Selangor.
"Saya difahamkan agenda tentang hasil libat urus itu sebagai satu cadangan ke arah membina arahan pentadbiran baharu dijadualkan dibentangkan kepada MRR yang akan bersidang antara 25 hingga 27 (Oktober).
"KDN akan mengambil panduan daripada situ untuk mengadakan garis panduan yamg baharu berhubung penggunaan kalimah Allah," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengenai kedudukan isu kalimah Allah dan usaha kerajaan untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Saifuffin berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Jill Ireland telah menjadikan arahan pentadbiran sebelum ini tidak boleh diguna pakai lagi.
Mahkamah Tinggi dalam keputusanya pada Mac 2021 membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam 1986 melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah sebagai haram dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nor Bee Ariffin yang menjadi panel Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas konflik perundangan itu yang berlarutan selama 13 tahun antara kerajaan dan Jill Ireland seorang wanita Kristian dari Sarawak.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 23 2023

Saifuddin berkata, hasil libat urus tersebut akan digunakan sebagai garis panduan untuk mengeluarkan arahan pentadbiran baharu berkaitan isu penggunaan kalimah Allah - Foto Japen
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.

PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.

AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN
AISSE25 yang bakal berlangsung 20 Jan ini di PICC, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya jenayah siber yang sema

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.

Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026.