Parlimen dibubar hari ini?

Astro Awani
April 6, 2018 09:49 MYT
Debaran bilakah tarikh keramat itu bakal terjawab selepas mesyuarat Kabinet yang sedang dipengerusikan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini. -Gambar fail
Adakah parlimen akan dibubarkan hari ini? Ini teka-teki yang sedang bermain di fikiran ramai orang ketika ini.
Ini kerana cakap-cakap yang makin kuat bahawa Parlimen dijangka dibubarkan hari ini.
Debaran bilakah tarikh keramat itu bakal terjawab selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.
Kabinet sepatutnya bermesyuarat Rabu lalu, namun ditangguhkan ke hari ini.
Dijangkakan pengumuman mengenai pembubaran akan dibuat oleh Najib pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
BACA: PM Najib pengerusi mesyuarat Kabinet
Sebelum pengumuman dibuat, Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda bagi pembubaran parlimen.
Ia seterusnya akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet.
Ketika ini juga pengamal media sedang berkampung di dua lokasi ini sejak pagi tadi bagi mengikuti rapat perkembangan ini.

Ahli media dah 'berkampung' depan Pejabat PM menantikan pengumuman pembubaran Parlimen (jika ada) @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/zUaT4KDcmY

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Petugas media dari pagi menanti kemungkinan DS @NajibRazak akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk mendapat perkenan pembubaran Parlimen @501Awani pic.twitter.com/1eKVZ1Ndjm

— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) April 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, spekulasi bubarnya parlimen hari ini turut dikukuhkan lagi dengan satu sidang media khas oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dijangka berlaku pada 8 April ini selepas beliau menghadap Sultan Kedah.
Lazimnya pengumuman sebegini bertujuan memaklumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sejurus Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, pilihan raya biasanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Bagaimanapun, mengikut amalan semasa, pilihan raya umum biasanya akan diadakan dalam tempoh 29 hari daripada pembubaran hingga hari mengundi.
Sekiranya pembubaran berlaku hari ini, pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan berlangsung pada minggu pertama Mei.
#Ahmad Bashah #kerajaan #Malaysia #Menteri Besar #Najib Razak #parlimen bubar #Sultan Kedah #Yang di-Pertuan Agong
;