Parlimen buka semula tirai, ada perubahan? Agenda AWANI malam ini jam 8.30

Israr Khalid
Julai 26, 2021 18:11 MYT
Bagaimana Pelan Pemulihan Negara dapat digarap dan difahami sebaiknya seluruh Ahli Parlimen?
Kuala Lumpur: Hari ini Parlimen dibuka kembali sekian selepas lama tertangguh.
Sudah pastinya hari pertama Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin menjadi medan untuk kerajaan membentangkan dan menjelaskan segala apa yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh lebih tujuh bulan lalu.
Ini juga peluang untuk pihak pembangkang mempersoalkan segala-gala yang terbuku sejak kali terakhir Dewan Rakyat bersidang Disember tahun lalu, sama ada untuk sekadar menghalakan lampu sorot kepada kekhilafan yang wujud dalam tindakan kerajaan atau benar-benar mahu penjelasan supaya dapat diajukan cadangan penambahbaikan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pelan Pemulihan Negara di hadapan kira-kira 80 Ahli Parlimen yang dibenarkan masuk ke dewan, menekankan tentang pendekatan 'the whole of nation' untuk menangani krisis, sebelum dibahaskan antara mereka hadir.
Adakah hari pertama bekerja selepas lama berehat ini mencerminkan perubahan dalam tabiat bersidang wakil rakyat kita, dalam menggalas harapan rakyat supaya solusi kepada permasalahan negara ketika ini dapat ditemukan?
Bagaimanakah mereka dapat kekal fokus kepada tugas sebenar mereka itu dengan mengetepikan perbezaan pendapat untuk bersama membina semula Malaysia?
Agenda AWANI hari ini bersiaran selama sejam menampilkan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin serta dua pemerhati politik negara, Chandra Muzaffar dan Sivamurugan Pandian.
Pastikan anda tidak terlepas menonton Agenda AWANI: Mesyuarat Khas Parlimen: Pemulihan Negara pada pukul 8.30 malam ini hanya di saluran 501 dan astroawani.com.
#Agenda Awani #Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin #Dr Chandra Muzaffar #Dr Sivamurugan Pandian
;