Parkson sahkan perunding kecantikan di 1 Utama positif COVID-19

Fareez Azman
Oktober 8, 2020 13:44 MYT
Proses disinfeksi sedang dijalankan di sekitar premis terbabit yang terletak di pusat membeli belah 1 Utama di Petaling Jaya.- Foto Facebook Parkson Malaysia
KUALA LUMPUR: Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu.
Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.
Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kami telah menutup premis Parkson Elite 1 Utama bagi proses sanitasi dijalankan seperti mana ditetapkan oleh KKM.
"Premis kami akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka esok dengan kakitangan baharu," jelasnya dalam kenyataan media pada Khamis.
BACA: 1 Utama sahkan pekerja Mac City positif COVID-19
BACA: Kakitangan positif COVID-19, kedai peralatan sukan di Sunway Pyramid ditutup
Pada masa sama, semua kakitangan turut menjalani ujian saringan dan dinasihatkan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Pengurusan Pusat Membeli Belah 1 Utama turut memaklumkan pengesanan kontak rapat masih dijalankan ketika ini.
#Parkson Malaysia #One Utama #pusat membeli belah #positif COVID-19 #ujian saringan #Kementerian Kesihatan Malaysia #Petaling Jaya #Perunding kecantikan #1 Utama
;