Parkir kenderaan, perkhidmatan bas untuk Majlis Rumah Terbuka

Astro Awani
Februari 9, 2013 06:45 MYT
Kemudahan tempat letak kereta serta perkhidmatan bas akan disediakan bagi memudahkan pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia sempena Tahun Baru Cina tahun ini.
Majlis yang bakal diadakan di Kolej Han Chiang, Georgetown pada 11 Februari ini dijangka bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Seramai 80 ribu pengunjung dijangka akan hadir pada sambutan tersebut.
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata, pihaknya turut menjemput Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan Exco Kerajaan negeri untuk majlis berkenaan.
Persembahan penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan penyanyi popular Korea Psy akan turut sama memeriahkan acara yang akan diadakan.
#bas #Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia #Tahun Baru Cina #tempat letak kereta
;