Parkir di bahu jalan percuma di Kuala Lumpur bermula esok hingga 31 Ogos

Luqman Hariz
Julai 1, 2021 17:04 MYT
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman ini diharap dapat menyumbang kepada penjimatan penduduk Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang bayaran akan dikenakan bagi semua tempat letak kereta bahu jalan di Wilayah Persekutuan bermula esok (2 Julai) sehingga 31 Ogos 2021.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini.
"Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan (road side parking) dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur adalah percuma. Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga," ujarnya.

PENGUMUMAN Saya bersetuju mulai esok sehingga 31hb Ogos,semua tempat letak kereta bahu jalan(Road side parking)dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur adalah PERCUMA.Pengguna tidak perlu bayar apa apa dan di harap penjimatan itu dapat di gunakan utk membeli barang keperluan keluarga

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) July 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut data Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai 52,603 slot parkir kenderaan setakat Mac 2021.
#parkir #parking #tempat letak kereta #DBKL #Kuala Lumpur #Annuar Musa #bahu jalan #penjimatan #pengguna kenderaan
;