Paras sungai utama di Johor meningkat, situasi dijangka semakin buruk
Umavathi Ramayah
Januari 7, 2024 18:17 MYT
Januari 7, 2024 18:17 MYT
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor dijangka memburuk susulan hujan berterusan yang menyebabkan paras air di sungai-sungai utama di negeri itu meningkat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Siti Rohani Nadir berkata, setakat pukul 4 petang, jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindaan Sementara (PPS) di empat daerah terjejas adalah 503 mangsa melibatkan 134 keluarga.
"Hujan yang berterusan sejak malam tadi (Sabtu) menyebabkan paras air sungai-sungai utama seperi Sungai Kahang dan Sungai Johor meningkat," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Siti Rohani, pihaknya terus melaksanakan operasi pemantauan dan penyelamat di daerah Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang masih lagi terjejas.
"Setakat ini situasi masih lagi terkawal, namun melihat pada situasi terkini (hujan berterusan), kita menjangkakan jumlah mangsa yang terjejas akan meningkat," ujarnya.